Want your
own Fotopage?










 
~My Lovely Family~

By: nohaza ib

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  >  >>]    [Archive]
Monday, 28-Apr-2008 15:11 Email | Share | | Bookmark
Penat...penat....penat...

My donut
Chocolate Cake
Nak?
Spageti bolognis
Tempoyak Ikan Patin
Maisarah
Terlalu penat. Itu yang boleh ku luahkan. Sekarang ni liza tengah sibuk dengan kajian di sekolah dan beberapa program peringkat negeri yang perlu liza handle. Penat sungguh. Tak cukup rehat. Badan pun kurang sihat. Selesema dan sakit tekak... Sebab sibuk sgt, fp pun tak sempat nak update....

Tempoh hari, adalah beberapa jenis masakan yang liza cuba. Mari tengok gambar2. Jom layan.....







Layan gambar dulu ye.... resepi akan disertakan kemudian...




Kak rinn dah tag liza. Sori lambat ambil bunga kantan ni.... tak kuncup lagi kan...

Quote:
This is another of those Linky Love game where you only have to tag 10 person in one post but still there is no actual limit (you can tag more if you want!). Once tagged, you have to copy paste the link in this post, and make them grow!

Do not delete any of the links and be honest to yourself!

************************************************************

BennyLiew, RamblingMoo, Mum & Kids In Wonderland, Judelittle, Our mini blogsphere, Rooms in My Heart, J@n!ce Ng, ChinNee, Jo-N, LadyJava's Lounge, Apples Of The Eyes, aNgRiAniWoRLd, persismutiara, my little family, LG a.k.a Lemongrass ,
McTa ,manje ,nitta,yatt, mat gebu

next

The lucky 7 person I am going to tag is
S_Shamen, Siti Azma, Sweet Bobo, Mak Lang, Kak Pah Sherry, Lizah Zakaria, Dayang....
(Dan, untuk senarai nama di atas, sudilah kiranya menerima gambar "Touch Of Nature" dari mat gebu untuk blog/fotopages anda..)

10 person i'm going to tag is
shima, jasmeen, yullina,soulha,elianas,rani, sabrina,zuhri, kak rinchan,umi-kal...dan sudilah kiranya menerima TOUCH OF NATURE dariku untuk mu wahai sabahat sekelian untuk ditanam atau buat nasi kerabu ke..asam pedas ke....laksa ke...ok peeee....

Mereka yang kukira pasti suka akan bunga kantan kuncup dalam masakan dan pastinya juga suka akan keindahannya bila bunga kantan dah berkembang adalah.....

1. Kak Liza
2. Hellikonia
3. liza nohaza
4. Kak Jie Jie
5. Kak Rusnah
6. Lee Lin
7. Kak Leen
8. Kak Tun
9. Kak Roy
10. Auntie Umi-Kal

Bila nak update ni. Sibuk lagi ke. You dah kena tag ngan I. Jemputlah ke FP untuk details. Wed 21-May-2008 06:21
Posted by:Yati yadami68@yahoo.com  - [Link]
MAA TAKAFUL (ISLAMIC)

INSURANS SIMPANAN DIRI SENDIRI

JIKA ANDA MEMBUKA AKAUN / MENYIMPAN DI MAA TAKAFUL, ANDA AKAN
MENDAPAT TIGA FAEDAH:-

SATU AKAUN...
1) SIMPANAN MASA DEPAN -----------------15 TAHUN----------UMUR 55 TAHUN
(Simpanan + Bonus + Dividen+ Keuntungan Syarikat)
2) TABUNG PEWARIS
3) TABUNG HILANG UPAYA

FAEDAH TAMBAHAN PERCUMA

B.Tabung Penyakit Kritikal
Jumlah Pampasan : RM
(Terdapat 36 jenis Penyakit Kritikal + Penyakit Bermusim)

C.Faedah Kemalangan
(i)Kemalangan Maut : RM
(ii)Elaun Kemalangan : RM / minggu

D.Faedah Kemasukkan Hospital
(i) Sehari : RM
* Dimasukkan ke hospital atas sebarang sebab kecuali bersalin

P/S : KIRAAN YANG ANDA BAKAL DAPAT BERGANTUNG PADA BERAPA JUMLAH
YG HENDAK DISIMPAN SEBULAN...

SERENDAH RM 50 SEBULAN

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :-

SARAH : 012 2249805
YM : blurrym3@yahoo.com
EMAIL : sarahmariss@gmail.com

INSURANS MEDICAL CARD

TAHUKAH ANDA??

MENURUT KAJIAN, 85% RAKYAT MALAYSIA BERBANGSA MELAYU TIDAK MEMPUNYAI PERLINDUNGAN KAD KESIHATAN HOSPITAL! ADAKAH ANDA SALAH SEORANG DARIPADANYA?
JANGAN BIARKAN KOS PERUBATAN YANG TINGGI MENGHAMPAKAN ANDA!!.
MOHONLAH KAD KESIHATAN TANPA TUNAI SEKARANG
SEMENTARA ANDA LAYAK UNTUK MEMOHON.

ADAKAH ANDA BERSEDIA JIKA HARI INI ANDA DISAHKAN MENGHIDAP SALAH SATU DARI PENYAKIT-PENYAKIT DIBAWAH INI?

PENYAKIT KRITIKAL KOS PERUBATAN
KANSER RM 100,000 – RM 150,000
PENYAKIT HATI RM 45,000 – RM 180,000
SAKIT JANTUNG RM 30,000 – RM 120,000
KEROSAKKAN BUAH PINGGANG RM 50,000 – RM 200,000
VIRUS HEPATITIS RM 35,000 – RM 150,000
PEMINDAHAN ORGAN UTAMA RM 100,000 – RM 300,000

FAEDAH-FAEDAH MedicaLife 2007
- HAD TAHUNAN DAN HAD SEUMUR HIDUP YANG TINGGI (HAD KREDIT SEUMUR HIDUP RM600,000)
- PEMBAHARUAN TERJAMIN (SEHINGGA USIA 80 TAHUN)
- TIADA JADUAL PEMBEDAHAN TERBATAS
- RAWATAN PESAKIT LUAR KANSER DAN DIALISIS BUAH PINGGANG
- 93 BUAH HOSPITAL PAKAR YANG MENJADI PANEL
- BIAYA PENGINAPAN DAN PERKHIDMATAN
- RAWATAN PESAKIT LUAR UNTUK KEMALANGAN & KECEMASAN
- PERLINDUNGAN 24 JAM DI SELURUH NEGARA

DAPATKAN SEGERA....

SERENDAH RM 50 SEBULAN

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :-

SARAH : 012 2249805
YM : blurrym3@yahoo.com
EMAIL : sarahmariss@gmail.com

TERDAPAT HOSPITAL-HOSPITAL PANEL UNTUK....

SELANGOR
SUBANG JAYA MEDICAL
PANTAI INDAH HOSPITAL
ASSUNTA HOSPITAL
DARUL EHSAN MEDICAL CENTRE
SENTOSA MEDICAL CENTRE KAJANG
KAJANG MEDICAL CENTRE
KAJANG PLAZA MEDICAL CENTRE
KELANA JAYA MEDICAL CENTRE
MEGAH MEDICAL CENTRE
PANTAI KLANG MEDICAL CENTRE
SUNWAY HOSPITAL
SRI KOTA MEDICAL CENTRE

KUALA LUMPUR
DAMAI SERVICE HOSPITAL
HUKM
CHINESE MATERNITY
INSTITUT JANTUNG NEGARA
KG. BARU MEDICAL CENTRE
PANTAI CHERAS HOSPITAL
PUSRAWI SPECIALIST
SENTUL MEDICAL CENTRE
GLENEAGLES SPECIALIST
KAMUNING MEDICAL CENTRE
UM SPECIALIST CENTRE
TUNG SHIN HOSPITAL
HOSPITAL PANTAI INDAH
TAWAKAL SPECIALIST
SENTOSA MEDICAL CENTRE

NEGERI SEMBILAN
COLUMBIA ASIA HOSPITAL
NILAI CANCER INSTITUTE
PORT DICKSON MEDICAL CENTRE
SEREMBAN SPECIALIST

MELAKA
PUTRA SPECIALIST HOSPITAL
PANTAI AYER KEROH HOSPITAL

JOHOR
JOHOR SPECIALIST CENTRE
KLUANG UTAMA SPECIALIST
MEDICAL SPECIALIST CENTRE
PENAWAR HOSPITAL
PUTERI SPECIALIST
THE SOUTHERN HOSPITAL

PULAU PINANG
PANTAI MUTIARA PENANG
PENANG ADVENTIST
TANJUNG MEDICAL CENTRE
HOSPITAL PANTAI MUTIARA
GLENEAGLES SPECIALIST
ISLAND HOSPITAL
BAGAN SPECIALIST

KEDAH
KEDAH MEDICAL CENTRE
METRO SPECIALIST CENTRE
PUTRA MEDICAL CENTRE
STRAND HOSPITAL

PAHANG
KUANTAN SPECIALIST
KUANTAN MEDICAL CENTRE

KELANTAN
KOTA BHARU MEDICAL CENTRE
PUSAT PAKAR PERDANA

PERAK
PANTAI PUTERI SPECIALIST
PERAK COMMUNITY SPECIALIST
TAIPING MEDICAL CENTRE
IPOH SPECIALIST
SRI MANJUNG SPECIALIST
KINTA MEDICAL CENTRE
FATIMAH HOSPITAL

TERENGGANU
KUALA TERENGGANU SPECIALIST

SABAH
DAMAI HOSPITAL
ISAAC THOMAS CLINIC TAWAU
SABAH MEDICAL CEN
Thu 5-Jun-2008 03:12
Posted by:Nur Sarah Mohd Yusof sarahmariss@gmail.com
Feel free to visit my page to get RM21 for free right now!!
Enjoy your money ya
http://fotografiklance.fotopages.com
Thu 26-Jun-2008 04:05
Posted by:Mr. Interesting
View all 5 comments Add comment


Friday, 11-Apr-2008 08:17 Email | Share | | Bookmark
Buku Oh Buku...

 
Semasa pesta buku haritu, liza ada membeli beberapa buah buku, novel, majalah dan buku cerita untuk Maisarah. Antara novel yang dibeli adalah Menanti Kasih karya kak Norzailina. Bagus jalan ceritanya dan seronok dibaca. Liza baru habis baca sampai bab 58... tak sabar nak menghabiskannya untuk mengetahui kesudahan cerita...


KakRinn ni paling lemah kalau suruh baca buku..heh heh..
ps : Ada bunga kantan sedang mekar berkembang kat umah kat Rinn utk liza ..Meh amik sebelum ia kuncup semula !!!
Sun 20-Apr-2008 14:04
Posted by:RinnChan  - [Link]
HAi Liza.....Salam kenalan dr Zai...eemmm rajin membaca nooooo..zai time bujang dulu mmg rajin membaca sejak kawen nie terus hilang minat membaca entah kenapa... Kalau sudi jom singgah fp zai... Tue 22-Apr-2008 01:56
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
HAi Liza.....Salam kenalan dr Zai...eemmm rajin membaca nooooo..zai time bujang dulu mmg rajin membaca sejak kawen nie terus hilang minat membaca entah kenapa... Kalau sudi jom singgah fp zai... Tue 22-Apr-2008 02:00
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Tuesday, 8-Apr-2008 16:46 Email | Share | | Bookmark
Bunga durian...

 
 
 
View all 6 photos...


Pernah tengok bunga durian? Mungkin ada yang pernah tengok... Tapi pernah tak makan bunga durian?



Semalam, kami makan malam dengan salah satu lauknya adalah bunga durian. Bunga durian tu dicelur dan makan dengan air asam.... Sedap sangat. Macam taugeh la kot. Kat kampung liza, memang kami biasa makan bunga durian ni... Selain dicelur, bunga durian ni juga boleh digoreng peda dengan cili api + belacan sikit. Juga boleh masak asam bunga durian. Cubalah.. sedap..

Pagi tadi, Liza berkesempatan untuk mengutip bunga durian ni... Sekarang musim bunga durian berkembang. Pagi2, bunga yang dah kembang ni, akan gugur... So, kita bolehlah kutip. Ada sesetengah orang bentang tikar atau plastik bawah pokok durian waktu malam. So, bila pagi bunga tu akan jatuh atas plastik dan senang nak kutip. Lapas tu kena bersihkannya dengan membuang debunganya.... Kalau tak buang, akan berlendir bila masak....



Ni bunga durian yang kembang......



Bunga durian yang gugur atas tanah....



Cara untuk membuang debunga dengan melurutkannya....

Sesiapa yang ada pokok durian kat rumah atau kampung, bolehlah mencuba....

Quote:
Lee Lin - Bukan macam tu la.... Bunga durian yang kembang akan gugur dengan sendirinya dan bukan dipetik. Selepas gugur, bahagian tangkai yang tertinggal akan berkembang jadi buah durian. So, tak timbullah isu kurang buah-buah durian kat negara kita nnt... Jadi tak perlu risau la...
Yati - Idea yang bagus tu.. Bolehlah liza cuba nnt.
Rinnchan - Betul kak rinn,orang kampung liza memang biasa makan bunga durian ni. Ada sorg member liza org Perak pun kata dia biasa makan gk bunga durian ni... Bolehlah nnt kak rinn cuba

ni yang kita tak suka ni... kalau dah dikutip bunganya buat makan, mcm mana nak jadi buah? kurang la biji² buah durian kat negara ni! Wed 9-Apr-2008 01:53
Posted by:Lee Lin  - [Link]
bunga durian .... memang sedap. Kalau goreng dengan cili padi lawan ikan masin dan nasi panas memang terangkat. Masak lemak pedas ikan letak bunga durian pun sedap juga. Lagi satu... buat rojak ala-ala pecal pun sooodap! Wed 9-Apr-2008 07:02
Posted by:Yati yadami68@yahoo.com  - [Link]
Selalunya bila tengok pokok durian sure yg dah berbuah..jarang nampak masa berbunga tapi ari tu masa balik kg rumah MIL terpandang jugak bunga2 durian ni. Tak pernah ler lagi makan bunga durian..... Fri 11-Apr-2008 13:18
Posted by:rinnchan  - [Link]
Add comment


Tuesday, 8-Apr-2008 16:30 Email | Share | | Bookmark
Sampai masanya....

Semalam, lebih kurang jam 10.30 pagi liza dapat panggilan telefon dari mak di kampung. Mak beritahu bahawa makcikku yang sakit berada di hospital melaka telah nazak. Terkejut dibuatnya. Mujur juga aritu baru balik kampung tengok makcik. Lebih kurang pukul 11.15 pula, mak telefon lagi... Eh, nape pulak ni? Liza dapat khabar berita bahawa makcikku (kakak mak) telah meninggal dunia. Innalillah.... Sedih... tapi perlu terima hakikat. Masanya telah sampai....

Jenazah akan dikebumikan selepas solat Asar... Walaupun tahu tidak sempat sampai ke Melaka sebelum jenazah dikebumikan, kami sekeluarga balik juga. Kami bertolak dari Melaka selepas Zuhur. Selepas mendapat berita kematian makcikku, aku menyelesaikan beberapa kerja pejabat yang penting sambil menunggu kedatangan dear hubby menjemputku. Kami perlu pulang ke rumah mengemas barang ala kadar dan mengambil anakkku... Gitu gini, lepas zuhur juga baru dapat bergerak... Perjalanan dari Kuantan ke Melaka mengambil masa lebih kurang 4 jam... Kami sampai ke kampungku lebih kurang pukul 5.30 petang. Sampai di rumah arwah, kami dimaklumkan bahawa orang ramai masih di kubur. Kami bergegas ke sana. Sampai di sana, jenazah telah disemadikan... Semoga roh makcikku dicucuri rahmat dan ditempatkan di tempat orang2 yang beriman... Al Fatihah.....

Care to comment?


Sunday, 6-Apr-2008 16:28 Email | Share | | Bookmark
Pesta Buku Antarabangsa 2008

Kek untuk Azhan
@ Pesta Buku
 
View all 6 photos...
Hari Sabtu(5/4/08), kami sekeluarga g ke Pesta buku antarabangsa di PWTC. Memang dah rancang awal. Hari Jumaat lepas kerja kami bertolak dari Kuantan ke Bangi (duk umah kaklong). Sebelum ke pesta buku, pada pagi Sabtu tu, liza buatkan sponge kek untuk kaklong deco. Kek untuk birthday Azhan( anak saudara). Kaklong takde hari tu sebab g exam. Petang baru habis exam... Kami pakat nak sambut birthday Azhan dan ayahnya (birthday abang liza 6/4 manakala azhan 2/4).



Tgh baru liza sekeluarga g ke pesta buku selepas menyiapkan kek. Ramai sungguh orang datang ke pesta buku... Jalan sesak. Parking susah nak dapat. Kami parking kereta kat Hentian Putra. Susah juga bawa anak kecil ni jalan kat tempat sesak. Mujur Maisarah tak meragam... Di sana, liza terjumpa kawan lama masa sek rendah dahulu. Punyalah lama masa berlalu tapi liza dapat mengecamnya kerana wajahnya tak banyak berubah. Dear hubby juga ada berjumpa dengan kawan-kawan lamanya....

Liza dan dear hubby ada membeli beberapa buah buku untuk kami dan tidak dulipakan juga buku untuk maisarah. Liza juga ada membeli 4 buah novel Alaf 21. Liza harap dapat jumpa Kak Norzailina tapi takde rezeki....



Kami rasa seronok ke pesta buku ni walaupun penat....

Quote:
Kak ztidhati - Insyaallah...
Kak zara - Seronok sangat kak. Ada peluang dan kesempatan, pergilah. Tentu anak2 suka...

http://alakampung.fotopages.com ..jom cuba Rose Tea kat sini..bestttt Sun 6-Apr-2008 22:52
Posted by:unnamed
semoga bahagia itu abadi dan di bawah lindungan ALLAH S.W.T hendaknya Mon 7-Apr-2008 01:16
Posted by:zatidhati zatidhati2u@yahoo.com
dah lama akak tak pergi ke pesta buku ni........tentu seronok ... Mon 7-Apr-2008 06:42
Posted by:zara bee_zara@yahoo.com.sg  - [Link]
Add comment


Monday, 24-Mar-2008 12:45 Email | Share | | Bookmark
Balik kampung.....

 
Kebun Durian
 
View all 6 photos...
Pada cuti Maulidur Rasul tempohari, liza sekeluarga pulang ke kampung liza di Masjid Tanah , Melaka. Kami telah mengambil cuti pada hari Jumaat... Kami berkesempatan ke kebun durian ayah. Dahulu, ada lebih kurang 100 batang pokok durian tapi kini cuma tinggal 20 batang pokok je. Ayah telah menebang hampir 80 batang pokok kerana ayah bercadang nak tanam getah pula... Erm sayangnya...



Kini pokok durian yang tinggal dh berbunga.... Maybe dalam bulan 7 nanti kami boleh menikmati durian.. Sedapnya. Keluarga lima memang gemarkan sgt durian...



Sian Maisarah dibalut dengan kain batik. Nampak muka je... Ni gara2 takut digigit nyamuk.. nnt sian anakku..

Quote:
yadami - A'ah, atok dengan nenek dia yang sibuk suruh selubung tu... sayangkan cucu kan..
maklang - Terima kasih. Kena tunggu bulan 7 la baru boleh makan doyan.

ya allah! comelnya budak ni kena bungkus! hahaha... Mon 31-Mar-2008 01:24
Posted by:Lee Lin  - [Link]
Suka sangat doyan...Selalu makan free aje bila balik rumah MIL time musim doyan..
Jadik puteri kain batik ye Maisarah !!!
Mon 31-Mar-2008 23:48
Posted by:rinnchan  - [Link]
cutenya Maisarah....... Fri 4-Apr-2008 06:26
Posted by:zara bee_zara@yahoo.com.sg  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Monday, 24-Mar-2008 12:29 Email | Share | | Bookmark
Happy Birthday to me...

My birthday
Happy birthday to me... happy birthday to me... hehehe lupa nak bagitau. Pada 19/3/2008 aritu, liza menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 27 tahun...

Cepatnya masa berlalu. Dh 27 tahun rupanya... Dalam usia 27tahun ini, liza telah mempunyai sebuah keluarga yang bahagia. Alhamdulillah. Ada suami yang penyayang dan anak yang comel. Membahagiakan. Moga berpanjangan.. Insyaallah

Terima kasih atas segala doa dari kawan2. Terima kasih juga buat kaklong yang dedicated carrot orange cake untukku. Walaupun tak dapat menikmatinya tapi kesedapannya tetap terasa... Thanks again.

Quote:
zara - terima kasih kak...

Belated happy birthday to Liza....semoga dipanjangkan umur dlm iman, murah rezeki, diberi kesihatan dan bahagia di samping org2 tersayang......... Tue 25-Mar-2008 05:29
Posted by:zara bee_zara@yahoo.com.sg  - [Link]
Add comment


Saturday, 22-Mar-2008 11:34 Email | Share | | Bookmark
Pizza, mini pizza and brownies...

Pizza aneka rasa
Pizza berinti sosej
Mini pizza
View all 6 photos...
Agak lama liza tak update. Nk buat camne kan. Keje macam liza ni sibuk je memanjang. Bila ada masa pulak, sibuk layan anak... Ade je alasan kan.. Hehe, sebenarnya sebelum ni liza tak pasang streamyx lagi. Baru la ni ada. Sebelum ni guna yang dial up... lambat. tu yang susah nk update. Kadang2 bila ada masa update kt tempat keje... Sekarang ni dh ada steamyx kt rumah. Almaklumlah baru pindah ke Kuantan dulu, byk benda lain yg perlu disettlekan...

Baru-baru ni, liza ada buat pizza. Ni semua pasal kaklong buat pizza la.. kan dh teringin. Lagipun sebenarnya my MIL suka gk makan pizza. Liza buat 3 loyang pizza bawa ke rumah MIL. Habis dan tak cukup sebenarnya pizza tu dimakan oleh mereka sekeluarga. Tak sangka gk mereka memang suka makan sangat.. Hehehe sedap ke pizza liza tu.....



Resepi untuk doh :-

1/4 cawan air suam }
1 sudu besar instant yis } campur dan biar hingga berbuih
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/4 cawan fresh milk }
1/3 cawan mentega cair} kemudian campurkan dalam yis berbuih
1 1/2 cawan tepung gandum

Cara-caranya :-
1. Ayak tepung gandum. Campurkan gula dan garam.
2. Tuangkan campuran yis, mentega dan susu ke dalam tepung. Uli adunan sehingga sebati.
3. Rehatkan 15 minit. Tumbuk2 doh dan uli seketika dan biarkan doh mengembang sekali ganda.
4. Ketul2kan adunan dan canai nipis. Letak di atas loyang/pizza pan. Sapukan tomato puri/sos tomato/sos cili (ikut suka). Taburkan inti....
5. Bakar separuh masak. Taburkan mozarella cheese. Bakar sehingga masak.

Bahan2 inti:-

Untuk inti, liza takde resepi yang betul2. Liza gunakan ape yang ada je. Untuk kali ini, liza tumiskan sedikit bawang putih dan bawang besar yang dipotong dadu. Kemudian liza masukkan capsicum dan cendawan butang. masak sekejap je. Pastu masa tabur atas kulit, liza taburkan sekali isi ketam, sosej dan nenas.... juga oregano.


Keesokan hari, disebabkan tak puas makan pizza, liza telah menyediakan mini pizza untuk sarapan pagi. (atau boleh dikenali sebagai mini bun). Masih menggunakan resepi doh yang sama. Cuma untuk inti, liza potong dadu sosej, capsicum dan bawang besar. Gaulkan bersama butter dan mayonis.



Pada 17/3 pula, atas permintaan adik iparku, liza telah cuba membuat brownies. Liza tengok ramai kawan2 fp ada buat brownies ni yang diberi nama Chewy Gooey Yummy Brownies. Resepi disertakan.. Liza c&p jer.. Thanks yg empunya resepi...

CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES
Source : - Sis 1mas2ra

Ingredients :

250g butter ~ cut to small cubes
400g cooking chocolate ~ cut to small cubes

6 eggs
340g brown sugar - (liza cuma guna 300g sj)
2 teaspoons vanilla essence
20g chocolate emulco

80g flour
60g cocoa powder
140g walnut/pecan/almond/macadamia (optional) ~ toasted (i used almond)

Method :

1. Layer a 12" x 12" tray with greaseproof paper and make sure the paper is longer than the tray , so that it'll be easier to remove the brownies from the tray.
2. Melt butter and cooking chocolate using double-boiler method. Set aside till lukewarm.
3. In a separate bowl, whisk eggs, sugar, vanilla essence and chocolate emulco using the hand whisk till the sugar dissolves.
4. Pour the butter and chocolate mixture into the egg mixture. Mix well.
5. Sift flour and cocoa powder and add in the toasted nuts. Add the flour into the mixture. Do not overmix.
6. Pour the mixture into the prepared tin and bake in a preheated oven at 160 C (if using a small oven) for 1 hour or till done. The temperature and the baking time depends on your oven.
7. Leave the brownies to cool completely before cutting. For better result, leave overnight.
8. You can top the brownies with ganache, eat them with icecream or custard sauce or simply enjoy them the way they are!




Sedap sungguh brownies ni. Adik2 ipar dan ank2 sedara suka sgt. Baru hidang, hampir licin dimakan...

Maisarah sekarang dh 10 ++ bulan. Semakin aktif dan semakin kerap nk berjalan. Kata orang jalan2 jatuh. Mulut dia pun bising gak dengan bahasa dia. Maisarah dh boleh jgk mengikut sikit2 ape yang kita ckp...


Pizza dan brownies tu nampak sedap.....lapar perut den Tue 25-Mar-2008 01:41
Posted by:Yati yadami68@yahoo.com  - [Link]
sedapnya pizza dia...nampak sungguh menyelerakan...
n your girl nampak so cute ngan giginya yg baru tumbuh tu....
Fri 4-Apr-2008 06:11
Posted by:hanieliza  - [Link]
Add comment


Friday, 14-Mar-2008 02:21 Email | Share | | Bookmark
Hepi Besday mak!

Siap dibakar
Dalam cup
Kek Mentega Keju Oren
View all 5 photos...
Semalam adalah hari lahir my MIL yang ke 63 tahun.... Semoga mak dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan gembira hendaknya.... amin

Suami, adik2 ipar dan liza berkongsi hadiah untuk MIL. Liza ada buatkan kek untuknya. Just simple kek jer... iaitu Kek Mentega Keju Oren... Resepi ini liza ada ubahsuai sikit. Resepi asal dari Chef Norzailina. Thanks for the recipes. Maaflah liza ada ubah sikit. Liza gantikan esen vanila dengan sunquick dan kurangkan sikit gula sebab MIL tak makan manis... Di sini disertakan resepinya....



KEK MENTEGA KEJU OREN

Bahan-bahan :
170gm mentega
125gm krim keju
250gm gula castor (liza kurangkan ke 210gm)
5 biji telur, asingkan putih dan kuningnya
210gm tepung serbaguna
1 1/2 camca teh baking powder, diayak bersama tepung
2 camca teh esen vanilla (liza gantikan dengan 1 1/2 sudu makan Sunquick)
1/8 camca teh cream of tartar

Cara-cara :
1. Putar mentega dan krim keju hingga kembang dan pucat warnanya.
2. Masukkan gula sedikit demi sedikit. Teruskan memutar hingga habis.
3. Masukkan kuning telur sebiji demi sebiji. Putar sebati.
4. Masukkan tepung. Perlahankan putaran. Masukkan sunquick.
5. Dalam bekas yang lain, pukul putih telur hingga berbuih dan masukkan cream of tartar.
6. Apabila sudah kental, masukkan 1/3 bahagian ke dalam adunan mentega/keju/tepung. Kaupbalikkan. Ulangi hingga habis.
7. Ratakan adunan ke dalam loyang beralas kertas dan dilengser sedikit majerin.
8. Bakar pada suhu 170 darj cel selama 1 jam atau sehingga masak bergantung kepada oven masing-masing.
9. Keluarkan, biar atas redai 10 minit sebelum dikeluarkan dari loyang.




[img]http://2.srv.fotopages.com/2/17638565/Maisarah-dalam-kotak-hadiah.jpg">

Quote:
yadami - memang gebu dan sedap. Maisarah tgh nk blaja berjalan. Dia sibuk nk duduk dalam kotak hadiah.Terima kasih bagi pihak my MIL.

nampak pun gebu aje... minta skit.
Maisarah tu buat apa duduk dalam kotak? Dah pandai jalan ke belum..
Happy Birthday makcik, semoga dipanjangkan umur dalam iman, dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik..
Fri 14-Mar-2008 04:39
Posted by:Yati yadami68@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Tuesday, 11-Mar-2008 01:31 Email | Share | | Bookmark
Saya kembali lagi....

Carrot & apple cupcake
Sebelum dibakar...
My mufin..
View all 7 photos...
Hai frenzs..... Lama dh tak update fp ni. Maklumlah liza bekerja. Bila balik kerja, sibuk pulak dengan family. Ada anak kecil ni, agk terbatas aktiviti. Kerja pun sibuk gk. Selalu gk kena kerja luar, mesyuarat, kursus lagi dan macam-macamla. Tu yang tak sempat nk update fp ni.....

Pada 25/2 hari tu, liza kena g kursus kat PD. Kursus sampai 28/2. Hampir seminggu la liza tinggalkan maisarah. Rasa sedih dan rindu sgt. Ini first time liza berjauhan dengan maisarah. Maisarah pun tercari-cari mana mama dia pergi. Mujur dear hubby mahu jaga maisarah sepanjang ketiadaan liza (waktu malam la. siang maisarah hantar ke rumah umi dia). Tuntutan kerja, terpaksalah kan. Bila pulang dari kursus, Maisarah merajuk dengan liza. Geram dan sayang mama kat anak mama ni...

Pada 6/3 pula, liza ke IKU, Jalan bangsar atas urusan kerja. Hari itu genap maisarah 10 bulan. Mujur liza ke KL balik hari je. Dah besar ye anak mama ni. Rasa2 macam baru je melahirkan baby. Sekejap je dh 10 bulan. Sayang mama kat maisarah. Maisarah sekarang ni dh semakin lasak, aktif dan bijak....



Perkembangan Maisarah 10 bulan

1. Maisarah dah ada 8 batang gigi.
2. Maisarah suka makan makanan yang keras sikit (yang lembik2 tak mahu dh).
3. Maisarah dh boleh berdiri sendiri dan menapak tiga empat langkah.
4. Suka sgt nak memanjat tangga.
5. Dah boleh sebut beberapa perkataan seperti ikan, sedap, kuih, abang, babai, papa, mama dan kipas.
6. Dah boleh tunjukkan mana gigi dan perut dia bila ditanya.
7. Dah pandai melambai 'babai'.
8. Boleh menunjuk (tunding jari) terhadap barang/makanan yang dia mahu.
9. Kuat merajuk bila tak dapat kemahuannya (ikut mama dia kot ).


Sepanjang tidak meng'update' fp ni, liza ada mencuba 2 resepi iaitu Carrot & Apple Cupcake (resepi diambil dr fp kak rinn) dan Tripple Choc. Muffin (resepi diambil dari FP Maklang tp resepi asal dari Joe Deli Bakery). Di sini liza sertakan resepi yang di copy paste sahaja. Thanks to u all for the ricepes.

CARROT & APPLE CUPCAKES
Ingredients :
Sifted:
1 cup flour
1 tspn baking soda
1/2 tspn fine salt

2 large omega 3 eggs
1/2 cup brown sugar ( or 1 cup ) liza kurangkan gula- tak sampai 1/2 cawan pun
3/4 cups canola oil
1 tspn vanilla essence
1 tspn cinnamon powder
1 1/2 cups grated carrot
1 cup grated peeled red apples
1/2 cup roasted chopped walnuts
1/2 cup raisins

Method:
1. Beat eggs & sugar. Add oil, vanilla and spices. Beat till well-combined.
2. Spoon in dry ingredients and continue to beat.
3. Stir in carrots, apples, walnuts & raisins.
4. Bake @ 175 deg cel until skewer comes out clean or until golden brown.

Triple Choc. Muffin
sumber : Joe Deli Bakery

INGREDIENTS:
Makes 12 large muffins

180g all-purpose flour
195g superfine flour
4 tbsp cocoa powder
5 tsp baking powder or 2-1/2 tsp double action baking powder
1/2 tsp salt
210g castor sugar
2 large eggs, lightly beaten
300ml milk
110g butter, melted and cooled
100g chocolate chips
1/2 tsp flour for dusting chocolate chips
12 squared chunks of dark chocolate

METHOD:
Preheat oven at 200 degC. Line muffin tray with paper cups.
Sift flours, baking powder, cocoa powder and salt into a mixing bowl. Add sugar into the flour mixture. Use a whisk to lightly blend the mixture.
In another mixing bowl, combine egg, milk and melted butter.
Lightly dust chocolate chips with flour (to prevent sinking in batter).
Make a well in the middle of dry ingredients. Add the wet ingredients and mix just until all the flour is moistened. Fold chocolate chips into batter. The batter should look lumpy. Do not overmix.
Scope 1 tbsp of batter into each muffin cup. Place a dark chocolate chunk in the centre of each muffin. Cover chocolate chunks with the remaining batter.
Reduce temperature to 180degC and bake muffins for 25-30 minutes or until well risen.
Transfer to wire racks to let cool





Carrot & apple cupcakes ni sedap. Maisarah pun suka makan (liza kurangkan gula, so kurang manis).



Mufin ni sedap tapi liza still failed buat mufin. mufin liza kurang gebu.Ntahla mana silapnya. Bagi liza, buat mufin ni susah berbanding buat kek sebab dah 2 kali buat mufin tak berapa jadi...



Liza balik mengundi di Cheras. Kami sekeluarga bermalam di rumah abang liza di Kajang. Sebagai rakyat Malaysia, tanggungjawap perlu ditunaikan walau tinggal jauh dari tempat mengundi. Kami tidak sempat menukar tempat mengundi. Maklumlah baru bertukar kerja di Kuantan....

[img] http://2.srv.fotopages.com/2/17610567/Maisarah-Azhan.jpg[/img]

Amboi cutenya maisarah dengan cermin mata hitam. Boleh nampak ke tu sayang.
Azhan pula tersenyum aje tengok maisarah....
Carrot &apple cupcake tu nampak sedap...yummy, yummy
Tue 11-Mar-2008 05:51
Posted by:Yati yadami68@yahoo.com  - [Link]
Add comment


[<<  <  [1]  2  3  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.